fbpx

Pembangunan pusat data perlu patuhi Garis Panduan Perancangan Pusat Data

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming melancarkan Garis Panduan Perancangan (GPP) Pusat Data di Bridge Data Centers Malaysia, hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

CYBERJAYA – Pembinaan pusat data di negara ini perlu mematuhi Garis Panduan Perancangan (GPP) Pusat Data bagi pembangunan di sesuatu kawasan agar ia dibangunkan secara strategik dan sistematik.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, GPP Pusat Data itu yang dibangunkan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) sebagai panduan kepada pemegang taruh, termasuk pihak berkuasa negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Beliau berkata, skop utama GPP Pusat Data ini meliputi skala pemajuan pusat data yang melebihi satu Mega Volt Amp (MVA), panduan perancangan tapak, prosedur permohonan pelan pemajuan bagi kebenaran merancang dan pelan bangunan.

“Ia turut mengariskan beberapa aspek kawalan di dalam perancangan pemajuan pusat data termasuk kategori dan syarat nyata tanah, zon guna tanah yang dibenarkan dan kategori pusat data.

“Ia termasuk keperluan penyediaan kawasan lapang, keperluan rizab utiliti, keperluan zon penampan, tempat letak kenderaan dan permohonan pelan pemajuan yang terpakai kepada skala pemajuan pusat data melebihi satu MVA sama ada di kawasan baharu atau di bangunan sedia ada,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan GPP Pusat Data di Bridge Data Centers Malaysia Sdn Bhd, di sini hari ini.

Menurut Kor Ming, menerusi penyediaan garis panduan tersebut, beberapa langkah proaktif boleh dipertimbangkan termasuk aspek kawalan perancangan oleh PBT khususnya hanya zon guna tanah komersial dan industri dibenarkan untuk pemajuan pusat data.

Selain itu, katanya, keperluan zon penampan untuk pusat data yang berada bersebelahan dengan kawasan perumahan perlu dilaksanakan bagi memastikan tiada gangguan bunyi bising kepada komuniti setempat.

“Mulai hari ini, GPP akan diedarkan kepada 156 PBT dan ia boleh dipakai oleh semua dengan garis panduan yang jelas. Saya juga harap PBT akan ambil tindakan segera untuk beri kelulusan dan memudah cara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI