fbpx

Nahas UiTM Dungun: Muhammad Akmal penyayang, taat orang tua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Muhammad Akmal.

PETALING JAYA – Salah seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun yang terkorban dalam nahas kemalangan malam tadi disifatkan sebagai seorang yang penyayang serta taat kepada kedua orang tuanya.

Bercerita mengenai perkara itu, Maryam Madzlan, 30, iaitu sepupu kepada mangsa, Muhammad Akmal Md. Tukirin, 25, berkata, kali terakhir dia bertemu Allahyarham adalah pada majlis tahlil ibunya di Batu Pahat, Johor pada 19 September lalu.

Katanya, Muhammad Akmal yang merupakan anak kedua daripada empat beradik itu sangat disayangi oleh seluruh keluarga kerana mempunyai perwatakan yang sangat peramah.

“Allahyarham juga seorang yang penyayang dan taat orang tua. Dia (Muhammad Akmal) rajin hantar dan memberi lauk kepada nenek kami di Sungai Kelat, Muar.

“Selain itu, dia seorang yang rajin membantu ayahnya yang bekerja sebagai pemandu lori. Ibunya pula seorang suri rumah.

“Susah nak cari individu seperti dia. Banyak kebaikan dia buat sukar kami sekeluarga nak ungkapkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Sementara itu, katanya, jenazah penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan Makanan itu baru bergerak daripada Unit Forensik Hospital Dungun setakat pukul 9.56 pagi tadi.

Katanya, jenazah akan dibawa ke Masjid UiTM untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan berdekatan kediaman di Kampung Parit Baru, Parit Karim Sungai Balang, Muar, Johor.

Terdahulu, tiga pelajar UiTM Dungun maut manakala seorang lagi cedera parah akibat dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV dipandu seorang wanita, malam tadi.

Sewaktu kejadian, kesemua mangsa dikenali sebagai Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, Khairil Anwar Jamaludin, 20, Muhammad Akmal Md. Tukirin dan Mohd. Ammar Danish Mohd. Ridhuan, 20, sedang menaiki dua motosikal jenis Yamaha LC 135 dan Yamaha Y15.

Difahamkan mereka dalam perjalanan pulang ke kampus sebaik makam malam bersama.

Sebaik tiba di pintu hadapan kampus, dua motosikal dinaki kesemua mangsa tiba-tiba dirempuh dari arah belakang oleh kenderaan Honda CRV terbabit.

Rempuhan itu menyebabkan empat pelajar tersebut tercampak, manakala kenderaan berkenaan pula terbabas memasuki parit di tepi jalan.

Tiga mangsa iaitu Ku Adib Aizad, Khairil Anwar dan Mohd. Akmal meninggal dunia di lokasi kejadian mana mangsa yang cedera, Mohd. Ammar Danish pula dikejarkan ke unit kecemasan hospital sama sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI