fbpx

Nahas UiTM Dungun: ‘Akmal pelajar cemerlang, banggakan kami’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fuad (dua dari kanan) pernah menyampaikan sumbangan kepada Tukirin (tengah), bapa Allahyarham Muhammad Akmal tahun lalu atas kecemerlangan anaknya.

MUAR – Salah seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun yang maut dalam kemalangan menyayat hati malam tadi merupakan anak jati Kampung Parit Baru, Ayer Hitam, Bukit Naning, Muar.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Naning, Datuk Mohd Fuad Tukirin, Muhammad Akmal Md. Tukirin, 25, merupakan pelajar cemerlang di kampung berkenaan.

“Tahun lalu, Pusat Masyarakat DUN Bukit Naning pernah bersua dengan Tukirin Saringat bapa Muhammad Akmal untuk mengucapkan tahniah dan menyampaikan sumbangan atas kejayaan Akmal yang berjaya menyambung pengajian ke UiTM Dungun.

“Muhammad Akmal merupakan pelajar cemerlang yang membanggakan kami di DUN Bukit Naning. Dia merupakan anak kedua daripada empat beradik yang kesemuanya adalah lelaki.

“Akmal mendapat tawaran Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Perkhidmatan Makanan, Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan tahun lalu.

“Kepada keluarga mangsa, saya amat memahami betapa peritnya kehilangan orang tersayang, terutamanya anak yang menjadi harapan masa depan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI