fbpx

Danial mahu bolot banyak mata di Aragon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DANIAL mahu memburu sebanyak mungkin mata pada perlumbaan di Aragon hujung minggu ini.

KUALA LUMPUR – Pelumba muda negara, Danial Syahmi Ahmad Shahril bertekad untuk memburu keputusan terbaik pada perlumbaan Pusingan 6 Kejuaraan Dunia JuniorGP di Aragon, Sepanyol hujung minggu ini.

Danial yang bersaing bersama Asia Talent Team mempunyai keyakinan tinggi minggu ini memandangkan dia dan pasukannya baru selesai menjalani sesi ujian bagi mendapatkan pelarasan lebih sempurna sebelum turun berjuang di Aragon nanti.

“Selepas perlumbaan di Jerez, kami telah menjalani latihan seperti biasa dan kami juga menjalani sesi ujian bersama pasukan minggu lalu. 

“Jadi sesi ujian tersebut memberi saya sedikit keyakinan untuk menghadapi perlumbaan di Aragon minggu ini terutama berjuang di kelompok hadapan.

“Saya juga dalam proses pemulihan kerana pada sesi latihan minggu lalu, saya terlibat kemalangan dan terpaksa menghentikan sesi latihan pada hari kedua. Kini, saya hanya fokus pulih pada tangan saya.

“Apapun, insiden kemalangan pada sesi latihan tidak mematahkan semangat saya dan saya bersedia memberikan terbaik terutama memburu mata sebanyak mungkin di Aragon nanti. Doakan saya,” katanya..

Selepas lima pusingan perlumbaan, Danial berada di kedudukan ke-18 keseluruhan dan mengumpul 20 mata, manakala seorang lagi pelumba negara, Hakim Danish Ramli yang bersaing bersama SIC Racing-MSI berada di tempat ke-15 dengan 43 mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI