fbpx

Chery OMODA 5 dapat penarafan 5 Bintang ASEAN NCAP, bukti komitmen kepada keselamatan dan kualiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chery OMODA 5 baru-baru ini menerima penarafan 5 Bintang daripada ASEAN NCAP.

PETALING JAYA – Chery Malaysia mengumumkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) mereka, Chery OMODA 5 telah mencapai penarafan 5 Bintang dalam penilaian keselamatan Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).

Pengiktirafan cemerlang itu menggariskan komitmen Chery yang tidak berbelah bahagi untuk menyampaikan keselamatan dan kualiti terunggul pada kenderaannya.

Chery OMODA 5 ialah model pertama di bawah jenama Chery yang dinilai oleh ASEAN NCAP.

Protokol penilaian ASEAN NCAP 2021-2025  merangkumi empat lapangan penilaian, dengan Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) meliputi 40 mata daripada skor keseluruhan, manakala Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP), Teknologi Bantuan Keselamatan (SA), dan Keselamatan Penunggang Motosikal (MS) masing-masing menyumbang 20 mata daripada markah keseluruhan.

Dalam penilaian ini, OMODA 5 menunjukkan komitmen kukuh terhadap keselamatan kenderaan, mencapai jumlah markah 88.64 daripada 100 mata untuk memperoleh penarafan berprestij 5 Bintang ASEAN NCAP.

Pecahan penilaian meliputi 36.77 mata untuk AOP, 17.36 mata untuk (COP), 19.51 mata untuk SA dan 15 mata untuk MS.

Ciri keselamatan canggih Chery OMODA 5 memainkan peranan penting dalam mencapai pengiktirafan ini, yang merangkumi beg udara, sistem bantuan pemandu lanjutan (ADAS), kawalan kestabilan elektronik (ESC), sistem brek anti-kunci (ABS) dan banyak lagi.

Pengumuman pencapaian Chery OMODA 5 dibuat di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bersama-sama, kesemua ini membentuk rangkaian keselamatan teguh yang direka untuk melindungi penumpang dan membantu mencegah kemalangan.

Naib Presiden Chery Malaysia, Michael Chew menekankan bahawa proses ujian dan penilaian ketat oleh ASEAN NCAP meliputi pelbagai aspek keselamatan kenderaan.

Jelasnya, pencapaian penarafan keselamatan 5 Bintang ASEAN NCAP adalah bukti komitmen berterusan Chery kepada keselamatan, inovasi, dan yang paling penting, pelanggan.

“Penarafan ini bukan sekadar lencana penghormatan; ia adalah janji kepada pelanggan kami bahawa OMODA 5 dibina dengan mengambil kira keselamatan anda sebagai keutamaan tertinggi.

“Skor tinggi OMODA 5 merentas empat kategori menunjukkan pendekatan keselamatan komprehensif dan dedikasi kami untuk penambahbaikan berterusan.

“Setelah memperoleh penarafan 5 bintang daripada Euro NCAP dan ANCAP Australia, OMODA 5 kini menambah pencapaiannya dengan penarafan tertinggi daripada ASEAN NCAP,” katanya pada majlis pengumuman di Kuala Lumpur.

Ujian pelanggaran hadapan membuktikan kemampuan Chery OMODA 5 menyediakan perlindungan berkesan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Sorotan Prestasi Keselamatan Chery OMODA 5

Ujian Impak Hadapan: OMODA 5 berjaya melepasi ujian perlanggaran hadapan ASEAN NCAP, yang mensimulasikan situasi kemalangan di mana kereta melanggar penghadang pada kelajuan 64 kilometer sejam (km/j).

Dalam ujian ini, boneka yang mewakili lelaki dewasa diletakkan di bahagian pemandu dan tempat duduk penumpang hadapan, manakala dua boneka kanak-kanak, seorang berusia tiga tahun dan 1.5 tahun di tempat duduk belakang. Keputusan ujian mengesahkan bahawa Chery OMODA 5 menyediakan perlindungan berkesan untuk pemandu, penumpang hadapan dan kanak-kanak sekiranya berlaku perlanggaran.

Ujian Impak Sisi: OMODA 5 berjaya melepasi ujian impak sisi ASEAN NCAP, yang menilai sejauh mana ia melindungi penumpang ketika perlanggaran pada bahagian sisi.

Dalam ujian ini, satu penghadang bergerak melanggar bahagian tepi kenderaan pada kelajuan 50 km/j. Keputusan ujian mengesahkan bahawa kenderaan itu memberikan perlindungan yang kuat untuk pemandu dan penumpang kanak-kanak sekiranya berlaku perlanggaran di sebelah sisi.

Ujian Perlindungan Pejalan Kaki: Chery OMODA 5 turut menerima markah tertinggi dalam perlindungan pejalan kaki, memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya.

Penilaian Pengesanan Titik Buta: Ciri keselamatan kritikal, Pengesanan Tititk Buta memastikan kawasan yang tidak dapat dilihat oleh pemandu dapat dipantau. Chery OMODA 5 cemerlang dalam hal ini, mencapai skor sempurna untuk mengesan titik buta pada kedua-dua bahagian pemandu dan penumpang sisi kenderaan. – KOSMO! ONLINE

Ringkasan laporan penilaian ASEAN NCAP bagi Chery OMODA 5.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI