fbpx

Makin berseri-seri, cantik Ira Kazar selepas menjanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ira Kazar dipuji netizen semakin berseri-seri selepas tidak lagi bergelar isteri kepada Syamsul Yusof.

PETALING JAYA – Makin berseri selepas menjanda, bekas isteri kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof, Ira Kazar tampil berkongsi beberapa tip kecantikan dan penjagaan kulit kepada pengikutnya.

Pernah dihimpit masalah kulit yang teruk, Ira atau nama sebenar Faghira Fatini Kazaruddin, 29, berkata, produk penjagaan kulit yang asas seperti pelembap dan krim pelindung matahari wajib sebagai rutin.

“Saya pernah mengalami masalah kulit sebanyak dua kali, proses nak sembuh dari ‘breakout’ itu mengambil masa yang agak lama.

“Ketika itu saya rasa sangat stres dan ‘frustrating’, tetapi saya belajar sesuatu ketika kulit muka sedang teruk.

“Satu perkara yang semua perlu tahu, kalau kulit muka ada masalah, perlu kembali kepada asas penjagaan wajah iaitu pencuci muka, krim pelembap dan krim pelindung cahaya matahari. Itu sahaja, cukup,” katanya dalam Instagram bagi menjawab soalan pengikutnya.

Pada hantaran sama, anak kepada pelakon senior Kazar Saisi itu turut berkongsi kaedah mengurangkan lingkaran gelap bawah mata atau ‘dark circle’.

“Saya tiada sangat masalah lingkaran bawah mata hitam, tetapi saya ada masalah ‘eye bag’ yang sangat teruk. Pakai krim bawah mata macam mana pun tetap hasilnya sama.

“Namun, apa yang boleh saya kongsi, pergilah buat prosedur yang boleh kurangkan masalah itu. Saya punya lingkaran hitam kat mata ini sangat ketara,” dedahnya.

Rata-rata netizen memuji perkongsian Ira selain menyifatkannya sebagai wanita yang pandai menjaga penampilan diri dan tidak ‘meroyan’ meskipun baru diceraikan.

“Bagus Ira makin berseri selepas menjanda, teruskan hidup macam biasa selepas cerai, siap kongsi tips jaga muka lagi, tak meroyan macam sesetengah orang lain,” komen netizen itu.

“Patutlah kulit dia cantik dan mulus, ini rupanya rahsia. Cantik-cantik macam ini pun kena cerai, terus kuat Ira,” demikian antara komen netizen.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik dilakukan Syamsul terhadap Ira ketika pasangan itu masih bergelar suami isteri.

Pada 16 Ogos lalu, Syamsul mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga di Selatan Thailand pada 6 Januari tahun lalu.

Susulan pernikahan tersebut, pelakon Puteri Sarah Liyana pada ketika itu sebagai isteri Syamsul memfailkan perceraian sebelum mereka berpisah pada 14 Jun tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI