fbpx
Gambar hiasan.

Pegawai bank gelap mata sebab komisen tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penglibatan pegawai bank dalam kes-kes penipuan berkaitan pelaburan banyak didorong oleh komisyen tinggi yang diterima mereka daripada sindiket.

Perkara itu didedahkan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) selepas pihaknya menerima kira-kira 500 aduan berkaitan peni­puan pelaburan sejak awal tahun ini yang menjadikan pegawai bank sebagai orang tengah.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, selain pegawai bank, syarikat tipu pelaburan juga turut menyasarkan perunding unit amanah untuk menjalankan kegiatan tersebut.

Ujarnya, tawaran komisen yang tinggi antara tujuh hingga 10 peratus menjadikan pegawai-pegawai bank ‘gelap mata’ seterus­nya bersetuju untuk menawarkan pelaburan luar daripada skim yang disediakan bank.

“Kalau syarikat-syarikat scammer ini tipu secara terus, pelabur-pelabur akan susah nak percaya sebab tidak ada kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

“Jadi mereka (scammer) gunakan pegawai bank atau perun­ding unit amanah yang sudah ada klien dan pelanggan ter­tentu untuk menjalankan kegiatan mereka,” katanya ketika dihubungi Kos­mo! Ahad baru-baru ini.

Tambahnya, dengan ‘database’ dimiliki pegawai-pegawai bank ini, para pelanggan yang memiliki akaun premier de­ngan jumlah simpanan lebih RM250,000 akan menjadi sasaran penipuan.

“Apabila mempromosikan skim di luar daripada yang ditawarkan pihak bank dan bersekongkol dengan scammer, maka perbuatan tersebut telah dianggap sebagai salah laku.

“Ramai mangsa ingat mereka melabur dengan bank, sebab pernah berurusan dengan pegawai yang mereka sudah kenal. Mangsa ingat skim tersebut adalah produk di bawah bank,” katanya.

Dalam pada itu, Hishamuddin berkata, setakat ini kesemua ­aduan telah pun dibuat laporan polis dan kertas siastaan sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk diambil tindakan pendakwaan selanjutnya.

Kosmo! semalam mendedahkan, terdapat pegawai bank menjadi tali barut scammer untuk memperdayakan orang ramai yang membuat pinjaman peribadi ratusan ribu ringgit supaya menyertai skim pelaburan palsu.

Scammer akan berkomplot dengan ‘banker’ terbabit bagi meyakinkan peminjam agar membuat pelaburan yang kononnya mampu meraih keuntungan lumayan selain memudahkan urusan pinjaman mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN