fbpx
Laluan longkang di luar SK Padang Jawa yang dipenuhi sampah sarap pada Selasa lalu.

Hujan lebat, air pasang punca banjir di Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Pertembungan taburan hujan lebat dan air pasang dikatakan menjadi penyebab kejadian banjir kilat yang melanda daerah ini, Selasa lalu.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd. Fauzi Mohd. Yatim berkata, keadaan ini seterusnya mengakibatkan kenaikan paras air sungai yang tinggi pada waktu petang hari tersebut.

Menurutnya, situasi itu sete­rusnya menyebabkan banjir kilat di Setia Alam dan terowong Seksyen U12 serta air pada bahagian upstream tidak dapat mengalir keluar.

“Bagi banjir kilat di kawasan Padang Jawa, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengenal pasti punca kejadian banjir di lokasi berkenaan iaitu taburan hujan lebat untuk tempoh 30 minit.

“Ini seterusnya yang menyebabkan sistem perparitan tidak dapat menampung limpahan air,” katanya dalam kenya­taan kepada Kosmo! di sini semalam.

Justeru, beliau menjelaskan, Jabatan Kejuruteraan MBSA telah mengadakan mesyuarat bersama dengan agensi se­perti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Petaling dan Syarikat penyelenggara jalan negeri, Infrasel Sdn. Bhd. (Infrasel) kelmarin, bagi mengelakkan kejadian banjir kilat terus berulang seperti di kawasan Padang Jawa.

Ujarnya, hasilnya beberapa tindakan jangka masa pendek telah dirancang seperti mengenal pasti lokasi longkang atau parit yang perlu diselenggara dengan segera yang akan dilaksanakan JPS Daerah Petaling.

“JKR dan Infrasel pula perlu memastikan penyelenggaraan longkang-longkang serta membaik pulih scupper di jalan-jalan dibawah milik JKR,” tegasnya.

Mengulas lanjut, Mohd. Fauzi berkata, KDEB Waste Management akan lebih peka dengan melakukan kerja-kerja pembersihan longkang kawasan atau parit dengan kekerapan dua kali sebulan.

“Sementara itu, kerja-kerja pembersihan dasar bagi longkang besar akan dilakukan oleh kontraktor lantikan MBSA dengan kekerapan sekali sebulan,” jelasnya.

Terdahulu, media melaporkan beberapa kawasan sekitar Padang Jawa di sini dilanda banjir kilat susulan hujan berterusan sejak pukul 4 petang, Selasa lalu.

Berdasarkan perkongsian video yang tular di laman sosial, antara terjejas adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Jawa dengan ketinggian air pula adalah pada tahap pinggang dalam kalangan murid sekolah.

Banjir kilat di sekolah ber­kenaan disebabkan longkang tersumbat dengan sampah sarap dan barang kotoran lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN