fbpx
Gambar fail menunjukkan keadaan Chalet Alang Kenari, Yan yang ranap dilanda pokok-pokok besar yang tumbang dalam insiden kepala air pada 18 Ogos 2021.

Tragedi Gunung Jerai ‘bunuh’ industri homestay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

YAN – Insiden kepala air me­landa daerah itu tiga tahun lalu telah merubah sosio ekonomi penduduk khususnya di lokasi pelancongan.

Seorang pengusaha inap desa, Sabariah Saad, 55, yang tinggal di tepi Sungai Bakong, Kampung Setol berkata, sebelum insiden ber­kenaan, kampung mereka dikenali sebagai salah satu lokasi pelancongan yang menawarkan chalet dan inap desa kepada pe­ngunjung luar.

“Kejadian kepala air ini menyebabkan pengunjung berasa takut dan bimbang keselamatan hingga menyebabkan kami yang mengusahakan inap desa putus pendapatan,” katanya.

Penduduk lain, Che Bunga Che Saad, 61, berkata, jenama Titi Hayun yang menjadi kebanggaan penduduk setempat sebagai destinasi pelancongan terkenal suatu masa lalu kini hanya tinggal nama sahaja ekoran kejadian kepala air yang merubah terus landskap lokasi berkenaan.

“Dahulunya ramai pengunjung datang berkelah bersama keluarga di sini (Titi Hayun), Seri Perigi dan Batu Hampar kerana mempunyai tempat mandi yang menarik.

“Tetapi selepas kejadian itu tempat mandi berkenaan dipenuhi batu-batu besar, manakala tiada lagi laluan air untuk dijadikan lokasi perkelahan,” ujarnya.

Sabariah menunjukkan Sungai Bakong yang kering dan menyebabkan pengunjung tidak lagi memilih inap desa di kawasan peranginan Yan.

Sementara itu, Penolong Kanan Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan (SK) Nyak Gam, Ahmad Izham Ismail berkata ,selain kelengkapan dan peralatan sekolah rosak, padang permainan juga ditenggelami lumpur menyebabkan sekolah itu tidak lagi mempunyai padang untuk penganjuran pelbagai aktiviti sukan.

“Rumput yang menutupi padang ini mati dan kita dengan kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri kemudiannya menurap simen keseluruhan kawasan padang yang rosak itu untuk dijadikan tempat terbuka.

“Bagi memberi pendedahan kepada murid berkaitan kejadian itu kita telah mewujudkan Sudut Kepala Air dan dalam proses membina memorial di dalam kawasan sekolah dalam masa terdekat,” katanya.

Berita berkaitan: Amukan kepala air Gunung Jerai bawa kemusnahan teruk

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN