fbpx

‘Tak sama remaja lain’ – Siti Nurhaliza dedah tak pernah jejak disko

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Nurhaliza mendedahkan banyak berkorban sewaktu zaman remaja disebabkan tuntutan kerjaya sebagai penyanyi.

PETALING JAYA – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak pernah berasa terkilan walaupun zaman remajanya dikorbankan demi memberi fokus terhadap kerjaya seni.

Menurut Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin, zaman remaja yang dilaluinya adalah berbeza dengan individu lain serta tidak merasai momen bersosial.

“Saya melalui zaman remaja yang tak sama macam orang lain. Tiada masa nak melepak atau keluar dengan kawan-kawan untuk berseronok.

“Pada usia 17 tahun saya terus fokus jadi anak seni dan tak berhenti bekerja,” katanya meneriusi temu bual podcast bersama anak tirinya, Ashraf Khalid baru-baru ini.

Dalam perkongsian sama, Siti juga berkata, dia tidak pernah menjejakkan kaki ke pusat hiburan atau disko seperti yang dilakukan remaja lain seusianya ketika itu.

“Pergi disko waktu remaja untuk berseronok memang tak pernah dalam hidup saya tapi tidak rasa bosan pun.

“Saya tak pernah rasa rugi tidak pernah menjejakkan kaki ke sana sebab jadual padat dengan kerja.

Meskipun tidak merasai keseronokan seperti dilalui orang lain, Siti tetap bersyukur kerana dikelilingi dengan individu yang menjaga dirinya dengan baik.

Sama seperti orang lain, dia juga mengakui pernah berasa terlalu penat dengan kerjayanya namun atas nasihat ibu tercinta, tanggungjawab sebagai anak seni tetap diteruskan.

“Penyesalan untuk menikmati keseronokan itu tiada. Alhamdulillah saya bersyukur sangat sebab dijaga baik oleh orang sekeliling.

“Tipulah kalau saya tiada rasa nak berehat tetapi ini jalan yang saya pilih dan memandangnya sebagai satu tanggungjawab. Jadi, tak boleh nak merungut.

“Jika teringat semula, itulah kesusahan dan pengorbanan yang buat saya boleh berada di keadaan sekarang,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI