fbpx
Gambar hiasan

Pendedahan rider bikin netizen kecoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Menjadi penghantar makanan atau pelanggan merupakan pilihan segelintir individu yang mahu bebas tekanan dalam sektor ekonomi gig.

Bidang pekerjaan baharu itu bermula sejak dunia dilanda Covid-19 di mana seseorang itu bekerja tanpa tekanan majikan dan bayaran diperoleh mengikut kegigihan dan tahap kerajinan.

Ekonomi gig amat kejam kerana walaupun tidak pernah memaksa seseorang itu bekerja, ia tiada kenaikan pangkat dan gaji, perubatan serta jaminan masa depan. Rider mencari makan dengan bergantung kepada pengendali aplikasi.

Kelibat rider boleh dilihat di mana-mana ketika ini. Pekerjaan yang tidak pernah terfikir oleh kita kini semakin subur di bumi bertuah ini.

Walaupun minoriti, golongan penghantar makanan menjadi semakin penting terutamanya kepada mereka yang tidak sempat keluar atau malas hendak mencari parkir.

Di sebalik itu, kita dikejutkan dengan beberapa pendedahan oleh rider baru-baru ini apabila mengatakan dia pernah diajak untuk melakukan maksiat oleh pelanggan yang tiada wang untuk membayar makanan dipesan.

Menerusi tangkap layar yang dimuat naik, rider tersebut telah menolak ajakan yang menggoncang iman dengan menamatkan perbualan dan membatalkan pesanan. Satu sikap yang harus dipuji.

Bukan mudah dan senang untuk mempunyai sikap sedemikian kerana apabila kita menjengah ke ruang komen, rata-rata lelaki mengatakan alangkah ruginya rider berkenaan.

Ramai sahaja yang mudah tewas dengan godaan dunia walaupun memakai kopiah sepanjang masa kerana syaitan sentiasa berusaha ‘melingkupkan’ anak Adam supaya menjadi peneman mereka di neraka kelak.

Ini merupakan satu daripada ribuan kisah yang terjadi dan menjadi sisi gelap dunia rider di Malaysia. Kita yakin banyak lagi kisah yang tidak diceritakan dan hanya menjadi rahsia kepada mereka yang ada di dalam dunia penghantar.

Sudah tentu setiap daripada kita mempunyai sisi gelap yang hanya diri sendiri tahu mengenainya. Ia bergantung kepada cara kita menanganinya sama ada hendak menjadi insan baik atau sebaliknya.

Walau di mana sekali pun tempat kerja kita, ia tidak pernah sunyi daripada ujian dan dugaan sama ada tersurat mahupun tersirat.

Hakikatnya, apa-apa kerja yang kita lakukan dianggap ibadah selagi ia tidak bertentangan dengan syarak dan halal.

Kita teringat kata-kata hikmat seorang ulama sufi yang mengatakan: “Manusia menyangka aku bersama mereka sedangkan hakikatnya bukan begitu kerana hati aku tidak pernah tertambat kepada makhluk tetapi sentiasa berzikir mengingati Allah SWT.”

Mungkin dengan mengamalkan cara sufi berkenaan dapat menghindarkan kita daripada terjerumus ke lembah maksiat yang mencederakan amal kita.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN