fbpx
Tangkap layar menunjukkan seekor buaya yang tersangkut pada jaring milik seorang nelayan baru-baru ini. - Instagram @kaltimtimes

Penduduk selamba hulur tangan dalam mulut buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang nelayan di Tanah Laut, wilayah Kalimantan Selatan terkejut apabila menemui seekor buaya berukuran lebih 1 meter panjang tersangkut pada jaringnya, lapor saluran berita Tribunnews semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @kaltimtimes, penduduk tempatan dilihat berkumpul untuk menyaksikan reptilia tersebut. 

Ia turut dikerumuni oleh kanak-kanak yang melihat buaya itu pada jarak dekat. 

Mereka dengan selamba memegang badan buaya yang masih hidup itu, seolah-olah tidak berasa takut. 

Rakaman itu turut memaparkan seorang penduduk tempatan memasukkan tangan ke dalam mulut repitlia tersebut.

Buaya itu bagaimanapun dilihat hanya berdiam diri dan tidak bergerak. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN