fbpx

Malaysia nak ‘tapau’ emas acara renang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALAYSIA perlu segera mengenal pasti perenang-perenang wanita berbakat sebagai persediaan awal sebelum AUG 2026. - AUG/IPT

SKUAD renang negara perlu mula mengenal pasti atlet-atlet wanita berbakat bagi mempersiapkan diri lebih awal menjelang Sukan Universiti Asean (AUG) 2026 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur.

Meskipun masih memiliki masa dua tahun sebelum AUG 2026 membuka tirainya, namun pencarian itu harus dimulakan sekarang bagi memastikan Malaysia mampu membariskan pasukan terbaik pada temasya sukan dwitahunan tersebut.

Pengurus pasukan renang ke AUG 2024 di Surabaya-Malang, Indonesia, Tan Seng Sen berkata, kemampuan perenang-perenang wanita masih memiliki jurang dengan atlet-atlet negara lain, sekali gus memerlukan ia ditangani dengan segera.

“Menjelang AUG 2026 nanti, kita adalah tuan rumah, jadi pasukan renang perlu melakukan persiapan awal dengan mengenal pasti atlet-atlet berpotensi sejak awal lagi. Bagaimanapun, ia terpulang kepada KPT (Kementerian pendidikan Tinggi).

“Pada AUG kali ini, kita boleh lihat jurang perenang-perenang wanita negara dengan atlet-atlet lain. Kalau ada lebih ramai perenang wanita, sudah tentu ia akan memberi kelebihan kepada pasukan,” katanya.

Pada AUG 2024 yang melabuhkan tirainya kelmarin, skuad renang negara membawa pulang sembilan pingat emas, namun hanya satu emas disumbangkan perenang wanita menerusi Phee Jinq En dalam acara 50 meter (m) kuak dada wanita.

Justeru, ia memberi gambaran bahawa Malaysia terlalu bergantung kepada kemampuan perenang-perenang lelaki bagi mendapatkan pingat emas pada temasya sukan universiti Asia Tenggara itu.

“Buat masa ini, kita hanya kuat dalam acara lelaki sahaja. Oleh itu, dalam tempoh dua tahun nanti, kita akan cuba mencari lebih ramai perenang wanita pada Sukma (Sukan Malaysia) dan Sukipt (Sukan Institusi Pengajian Tinggi),” ujar Seng Sen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI