fbpx

Jangan makan ikan yu, banyak lagi ikan lain – Haneesya Hanee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRIHATIN isu alam sekitar Haneesya Hanee nasihatkan orang ramai jangan makan ikan yu.

PETALING JAYA – Seumpama aktivis alam sekitar, pelakon Haneesya Hanee menasihati orang ramai agar tidak memakan ikan yu yang kini merupakan spesis terancam.

Kata Haneesya atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahlan, 24, masih banyak lagi spesis ikan lain yang boleh dijadikan menu makanan selain ikan yu.

“Sekadar peringatan, ikan yu adalah spesis terancam.

“Terdapat banyak ikan lain yang boleh dimakan.

“Harap jangan makan ikan yu,” katanya menerusi InstaStory.

Dalam masa sama, pelakon drama Aku Bukan Ustazah itu turut mengajak orang ramai melihat cara menangkap ikan yu.

“Ya, memang ikan yu sangat sedap terutamanya sup sirip tetapi cuba cari bagaimana mereka menangkap haiwan tersebut,” ujarnya lagi.

Haneesya menyuarakan perkara tersebut selepas melihat sebuah artikel mengenai ikan yu.

Artikel berkenaan menceritakan perihal seorang wanita Jepun membeli ikan yu di sebuah pasar raya di Malaysia dan menghasilkan hidangan kari.

Ini bukan pertama kali anak jati Pulau Pinang itu menzahirkan rasa prihatin terhadap spesis terancam itu apabila dia pernah menangis di sebuah restoran kerana menu sup sirip dihidangkan menjadi tular. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI