fbpx

Jangan korbankan jati diri hanya kerana kuasa, harta – Sultan Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sallehuddin (dua dari kiri) berkenan menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada Taib Azamudden pada Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Wisma Darul Aman, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah supaya umat Islam tidak mengorbankan jati diri sebagai seorang Muslim semata-mata kerana ingin meraih kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti.

Titah baginda, umat Islam perlu mengutamakan persaudaraan, integriti, kualiti insan dan keberkatan dalam segala tindak-tanduk yang kita laksanakan.

“Janganlah kerana tamakkan pencapaian dan kemajuan duniawi serta mahu melihat kejayaan secara drastik, kita sanggup korbankan kehendak agama dan musnahkan nilai kemanusiaan dengan melakukan fasid di atas muka bumi Allah ini.

“Paling penting, jaga ibadah kita kepada Allah diikuti hubungan sesama manusia. Jauhilah diri dari menimbulkan bibit-bibit perpecahan yang ternyata amat merugikan,” titah baginda ketika berangkat ke Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri 1446H di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Pada majlis sama, Sultan Sallehuddin berkenan menyampaikan anugerah kepada Tokoh Maal Hijrah, Datuk Taib Azamudden Md. Taib; wakil Masjid Terbaik Kategori Bandar, Masjid Tunku Sallehuddin Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani dan Masjid Terbaik (Luar Bandar), Masjid Nurul Iman Kampung Gulau, Sik.

Titah Sultan Sallehuddin, umat Islam pada hari ini perlu dibangunkan dengan asas-asas kerohanian yang kukuh agar masing-masing tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran dan himpitan hawa nafsu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI