fbpx
Tina menunjukkan pokok durian hutan berusia hampir 200 tahun di Kampung Batu Papan 2, Gua Musang semalam.

Pokok durian, makin tua makin menjadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Dua batang pokok durian hutan di sebuah dusun di Kampung Batu Papan 2, di sini, masih hidup subur dan mengeluarkan buah meskipun sudah berusia dalam lingkungan 180 hingga 200 tahun.

Pokok durian yang masing-masing mencapai ketinggian le­bih 50 meter itu terletak di dusun milik seorang pekebun tempatan, Tina Chong, 45.

Menurut Tina, dusun durian yang berada berhampiran rumahnya itu diwarisi keluarga sejak tiga generasi lalu dan mengikut cerita ibunya, pokok durian tersebut ditanam oleh datuknya yang mendiami kawasan itu.

“Pokok durian itu hanya tinggal dua sahaja, manakala yang lain ditanam pokok buah-buahan dan getah oleh keluarga terdahulu.

“Pokok durian ini sangat tinggi dan setiap tahun kami hanya menunggu durian luruh ke atas tanah,” katanya semalam.

Tina memberitahu, setiap tahun, durian hutan itu mampu mengeluarkan hasil kira-kira 200 biji pada setiap musim.

Katanya, dia juga tidak dapat mengenal pasti jenis durian hutan itu dan berharap ada pihak yang lebih pakar dapat mengkajinya.

“Saya dapati pokok durian itu berbunga agak banyak pada tahun ini. Buah mungkin luruh pada Ogos atau September depan.

“Durian ini hanya untuk dimakan oleh ahli keluarga sendiri. Kami tidak berhasrat untuk menjualnya ke­rana keluarga saya sudah memiliki kebun buah durian musang king,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN