Gambar hiasan.

Rawat minda keletihan, kita bukan robot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JIKA berbicara mengenai konsep healing yang menjadi antara terma baharu masa kini, pastinya setiap individu mempunyai pelbagai cara tersendiri untuk ‘memaknakan’ perkara itu.

Dalam bahasa mudah, healing boleh diterjemahkan sebagai konsep untuk memberi ruang kepada diri supaya berehat seketika, sama ada daripada keletihan kerja ataupun kehidupan seharian.

Konsep healing juga lebih menyeluruh, di mana setiap individu mempunyai cara sendiri untuk menterjemahkannya, asalkan ia dapat memberi masa kepada diri sendiri untuk berehat.

Menurut Pegawai Psikologi Bahagian Sumber Manusia, Universiti Sains Malaysia (USM), Firdaus Mansor, healing merupakan satu aktiviti untuk membolehkan diri berehat seketika untuk satu-satu tempoh masa.

Katanya, terma berehat seketika itu juga lebih meluas di mana ia mengikut kepada kehendak individu itu dalam menentukan tempoh istimewa tersebut.

“Setiap orang sebenarnya mempunyai urusan masing-masing dan sentiasa sibuk pada setiap hari hingga terkadang terlupa untuk merawat jiwa dan minda yang keletihan itu.

“Sebenarnya, kita perlu sedar, sebagai manusia kita perlu rehat, kita bukan mesin yang beroperasi setiap masa. Sebab itu, kita kena bagi masa kepada jiwa untuk take a break,” katanya.

Sebelum ini, Jobstreet by SEEK di Malaysia Vic mendedahkan bahawa 18 peratus pekerja mengkategorikan tempat kerja mereka sebagai ‘sangat tertekan’ dengan industri perkhidmatan pengguna sebagai paling tertekan diikuti oleh peruncitan dan perdagangan.

Menurut laporan itu, punca utama stres pekerja termasuk beban kerja berat (37 peratus), kekurangan latihan atau sokongan (30 peratus) dan tekanan tinggi daripada pihak pengurusan atau persekitaran yang perlukan kepantasan dalam melakukan kerja (29 peratus).

Susulan itu, jelasnya, healing mampu menjadi penyelamat kepada perasaan penat itu berikutan disifatkan sebagai antara terapi berkesan kepada diri setiap individu.

“Konsepnya begitu meluas, ikut cara masing-masing. Ada yang pergi bercuti dianggap sebagai berehat, namun ada juga hanya perlu pergi ke kedai kegemaran dan ia dianggap sebagai healing.

“Apa paling penting ialah kita tahu ketika mana harus untuk berehat dan melepaskan segala tekanan yang ada,” ujarnya.

Jelasnya, individu juga perlu mencari masa untuk keluar healing dan jangan sesekali mengatakan sukar untuk berbuat demikian.

Ini kerana, setiap orang mempunyai pilihan untuk merancang masa masing-masing dan bukannya terus memberi alasan dengan kehidupan masing-masing.
Keluarlah healing, rawat jiwa anda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN