fbpx

Rasionalisasi subsidi diesel baik untuk industri perladangan – Bplant

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Boustead Plantation Berhad (BPlant) optimis inisiatif rasionalisasi subsidi diesel mampu memberikan impak positif kepada industri perladangan dalam jangka masa panjang.

Menurutnya dalam satu kenyataan, prestasi dan kecekapan perniagaaannya tidak terjejas daripada penyasaran subsidi diesel kerana ia telah menggunakan bahan api diesel pada kadar komersial bagi semua operasi.

Ketua Pegawai Eksekutif BPlant, Datuk Zulkarnain Md Eusope berkata, pihaknya komited menyokong inisiatif yang menggalakkan pertumbuhan perniagaan dan ekonomi yang mampan.

“Program rasionalisasi subsidi diesel akan memberi manfaat kepada pekebun kecil yang bergantung kepada kenderaan persendirian untuk menghantar buah tandan segar (FFB) ke kilang minyak sawit BPlant.

“Ia bukan sahaja menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mampan malah melindungi kepentingan rakan pekebun kecil kami yang penting untuk kejayaan industri minyak sawit,” katanya.

Pada 2023, 15 peratus daripada FFB yang diproses oleh BPlant diperoleh daripada penanam luar dan pekebun kecil yang beroperasi di sekitar kawasan kilangnya, memastikan pendapatan stabil dan berterusan buat Kumpulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI