fbpx

Selepas 10 tahun, mesin ATM jadi pelengkap kemudahan jemaah Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saleh pada majlis perasmian mesin ATM Alinma Bank, semalam.

MEKAH – Selepas 10 tahun ketiadaan perkhidmatan pengeluaran wang automatik (ATM), jemaah haji yang tinggal di dua zon di Mekah kini boleh menarik nafas lega selepas kemudahan kewangan tersebut mula beroperasi.

Ketua Rombongan Tabung Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, pengoperasian mesin ATM di kedua-dua zon terbabit sekaligus menjadi pelengkap kepada kemudahan kewangan di setiap empat zon penempatan jemaah haji Malaysia.

Malah katanya, perkhidmatan mesin ATM yang kini telah ditambah di kedua-dua zon itu memudahkan 31,600 jemaah haji.

“Mesin ATM itu akan memudahkan jemaah haji mengeluarkan wang menggunakan kad visa debit Bank Islam yang tidak dikenakan sebarang caj transaksi, sekali gus melegakan poket jemaah yang boleh mengeluarkan wang hanya apabila diperlukan.

“Dengan kerjasama antara Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) dan Bank Islam serta Bank Alinma di samping pemilik hotel, ia memudahkan jemaah haji tanpa perlu pergi jauh untuk mencari mesin ATM,” katanya dalam majlis perasmian mesin ATM Alinma Bank di sini semalam.

Sebagai rekod, mesin ATM terletak di ibu pejabat Abraj Janadriyah mula beroperasi tahun lepas memberi manfaat kepada 7,528 jemaah haji yang menginap di Qasr Al Janadriyah dan Masat Al-Badaya yang terletak di zon yang sama.

Manakala untuk Zon B, jemaah haji yang menginap di Hotel Zwar Al-Bit, Jawharat Al-Bit dan Al-Fajer Al-Badya 2 boleh menggunakan mesin-mesin ATM yang terletak di Menara Jam dan kawasan sekitarnya.

Sebuah mesin ATM ditempatkan di Zon C beroperasi di Rehab Al-Janadriyah dan jemaah haji yang menginap di Diary Al-Saad juga boleh menggunakannya dengan jumlah keseluruhan jemaah haji 3,116 orang.

Manakala Zon D, mesin ATM ditempatkan di Land Premium ini juga boleh dimanfaatkan oleh jemaah haji yang menginap di Hotel Al-Fajr Al-Badee 5, Manar Al-Shoruq dan Rawdhat Al-Shoruq dengan jumlah jemaah seramai 7,710 orang.

Dalam pada itu, Syed Saleh berkata, setakat ini Tabung Haji tidak mempunyai perancangan untuk mewajibkan penggunaan kad debit Bank Islam Tabung Haji kepada jemaah.
“Sebaliknya kita lebih menggalakkan penggunaan kad tersebut. Cara kita galakkan ialah dengan setiap caj ditanggung Bank Islam dan bukannya jemaah,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI