fbpx

Penghantar jenazah tunggang motor lawan arus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang penunggang motosikal yang melawan arus di Makassar, Sulawesi Selatan. - INSTAGRAM @memomedsos

JAKARTA – Sebuah klip video tular memaparkan aksi seorang penghantar jenazah menunggang motosikal secara berbahaya dan melanggar peraturan lalu lintas, lapor akhbar Detiknews semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @memomedsos, penunggang itu dilihat melawan arus sambil memandu laju seolah-olah seperti sedang berlumba. 

Dia juga sengaja mengeluarkan bunyi ekzos yang bising sehingga mengganggu penduduk setempat. 

Malah, ekzos tersebut mengeluarkan asap tebal ke udara.

Lebih parah apabila pengguna jalan raya dari arah berlawanan terpaksa berhenti atau memperlahankan kenderaan mereka. 

Rakaman tersebut menjadi tular dan meraih 27 ribu tontonan di media sosial. 

“Bagi keluarga (penghantar jenazah) dalam rombongan ini jangan terlalu berlagak.

“Kasihan jenazah ini, harusnya kita mendoakan tetapi yang dia dapat adalah cacian akibat kekesalan terhadap perilaku anda,” kata seorang pengguna lama sosial. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI