fbpx

79 penduduk Aceh ditahan, langgar peraturan pakaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMERIKSAAN dilakukan terhadap penduduk yang berpakaian tidak mengikut syariat Islam di Aceh Barat. - Foto AJNN

BANDA ACEH – Seramai 79 penduduk wilayah Aceh ditahan dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh petugas-petugas pentadbiran daerah dan polis agama kerana tidak memakai pakaian mengikut adab Islam, lapor laman berita AJNN semalam. 

Operasi pemeriksaan itu turut melibatkan anggota-anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan polis.

Ketua Polis Agama Aceh Barat, Lazuan berkata, pemeriksaan itu dilakukan bertujuan untuk menerapkan peraturan yang sudah dilakukan dalam Kanun Nombor 11 Tahun 2022 mengenai akhlak dan syariat Islam.

“Dalam hal ini, kita melaksanakan peraturan pemakaian Islam bagi pemuda dan pemudi yang melanggar aturan syariat. Sudah empat hari kita melakukan pemeriksaan pakaian,” katanya.

Sebahagian besar yang ditahan itu adalah wanita kerana memakai pakaian mengikut bentuk tubuh. 

Menurut Lazuan, buat sementara waktu, pihaknya akan mengeluarkan surat aku janji bagi memastikan pelaku tidak mengulangi kesalahan mereka. – AGENSI   

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI