fbpx

Atlet BTDP teruja saksikan Malaysia Masters

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA peserta BTDP diberikan peluang bertemu dengan beregu kedua negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei pada sesi Temu Mesra pada kejohanan berkenaan.

SERAMAI 27 pelajar termasuk 18 daripada Program Pembangunan Bakat Badminton (BTDP) yang merupakan program usahasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan PERODUA hadir memberi sokongan buat pemain-pemain Malaysia yang berentap di Malaysia Masters 2024 di Axiata Arena hari ini.

BTDP yang bermula sejak 2018 adalah sebuah program yang bertujuan mencungkil bakat dalam kalangan pelajar di peringkat sekolah rendah dengan objektif untuk mereka melangkah jauh dalam sukan berkenaan termasuk mewakili negara suatu hari nanti.

Pelajar yang hadir ini ialah peserta BTDP yang diserap ke Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) manakala sembilan daripadanya terpilih ke sekolah berkenaan menerusi kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia.

Ketika ini BTDP memiliki 140 jurulatih yang bertanggungjawab melatih seramai 2,800 pelajar sekolah rendah di 70 pusat pembangunan badminton di seluruh negara.

Kebanyakkan anak-anak ini adalah berasal daripada golongan keluarga berpendapatan sederhana yang mana KPM dan PERODUA mengambil inisiatif mengubah kehidupan anak-anak ini dengan menghidupkan impian dan membuka laluan buat mereka mewakili sekolah, negeri dan mungkin satu hari nanti mewakili Malaysia.

Sementara itu, jurulatih badminton SSBJ, Mohd Nazri Nasir berkata anak didiknya ketika ini bukan sahaja melengkapkan diri untuk saingan kebangsaan, malah sudah sedia diperingkat Kejohanan Remaja Asia dan selepas ini ke Kejohanan Remaja Dunia tahun ini.

“Suasana di kejohanan ini dapat menerapkan lagi semangat patriotik dan pendedahan di kalangan peserta BTDP terutama untuk menjadi wira badminton suatu hari nanti khususnya dalam menghadapi tekanan di gelanggang sebenar sejajar dengan sasaran SSBJ untuk melahirkan atlet negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI