fbpx

SPIL bangun fasiliti semikonduktor RM6 bilion di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis pecah tanah fasiliti SPIL di Taman Teknologi Bandar Cassia, Pulau Pinang.

PETALING JAYA – Syarikat semikonduktor global, Siliconware Precision Industries Co., Ltd. (SPIL) hari ini meraikan majlis pecah tanah fasiliti terbaharu mereka, iaitu kilang Malaysia P1 di Taman Teknologi Bandar Cassia, Pulau Pinang.

Kemudahan canggih seluas lapan hektar itu menelan pelaburan RM6 bilion.

Untuk tempoh 15 tahun akan datang, kilang berkenaan dijangka mewujudkan hampir 3,000 pekerjaan mahir serta memperkenalkan teknoloji ujian dan pembungkusan semikonduktor termaju.

Inisiatif berkenaan dijangka mampu mengurangkan kitaran pengeluaran dengan ketara, seterusnya meningkatkan kecekapan dan daya saing dalam industri.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, majlis pecah tanah bagi pelaburan RM6 bilion oleh SPL mengesahkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan syarikat semikonduktor global.

“Pasukan Petugas Strategik Semikonduktor Kebangsaan (NSSTF), diketuai oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memacu banyak inisiatif utama untuk menarik dan melaksanakan pelaburan dalam sektor ini, disokong Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dengan kepakaran lebih 50 tahun,

“Semua ini adalah faktor kejayaan bagi Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, yang bertujuan meningkatkan ekonomi yang lebih kompleks dan menjalin hubungan kukuh antara syarikat global dan perusahaan kecil dan sederhana tempatan, sambil mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkemahiran serta bergaji tinggi untuk rakyat Malaysia.

“Saya yakin inisiatif ini juga akan membantu meningkatkan kedudukan sektor semikonduktor kita dalam rantaian nilai global,” katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI