fbpx

F1: Norris yakin kemampuan McLaren

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORRIS akui keyakinannya semakin melonjak apabila jentera McLaren semakin kompetitif dan mampu menandingi Red Bull. - AFP

IMOLA, ITALI – Pemandu McLaren, Lando Norris mengakui teruja untuk menghadapi baki perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini selepas jenteranya cukup kompetitif untuk memberi tentangan kepada pelumba pasukan Red Bull, Max Verstappen.

Pada perlumbaan Grand Prix (GP) Emilia Romagna Ahad lalu, Norris yang memulakan perlumbaan di petak kedua dilihat mampu mengulangi kemenangan di GP Miami selepas hanya ketinggalan 0.7 saat di belakang Verstappen yang menjuarai perlumbaan tersebut.

Pelumba kelahiran Britain tersebut percaya prestasi terbaiknya di Imola menunjukkan bahawa dia dan McLaren kini telah membuktikan bahawa mereka adalah pencabar yang konsisten dalam perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini.

“Mudah-mudahan prestasi kami berterusan sepanjang musim ini. Bila anda memiliki jentera terbaik dan membuatkan anda rasa teruja serta tidak sabar untuk menghadapi perlumbaan seterusnya.

“Jadi, ini satu perkembangan positif buat pasukan kerana kami bukan sekadar pencabar di podium, malah untuk meraih kemenangan,” katanya.

Dalam pada itu, Norris turut mengakui tiada sebab untuk dia menafikan peluang McLaren untuk menjadi salah satu pencabar kepada Red Bull pada baki perlumbaan musim ini.

“Jadi, tiada sebab untuk menafikan bahawa McLaren sepatutnya boleh mengejar Verstappen dalam baki perlumbaan musim ini. Jadi, prestasi terbaik ini adalah petanda positif buat McLaren untuk terus membangunkan jentera yang lebih kompetitif,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI