fbpx

Onew adakan konsert pertama di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONEW bakal menjayakan konsert di Stadium Malawati,Julai ini.

PETALING JAYA – Selepas 16 tahun berkecimpung dalam industri hiburan Korea Selatan, Onew bakal membuat kemunculan pertama di Malaysia bertemu peminatnya pada acara Guess! Onews Fanmeeting di Stadium Malawati, Shah Alam pada 27 Julai depan.

Menurut wakil penganjur iaitu Harith Daniel dari MND Sport & Event Sdn Bhd, pihaknya akan memastikan kemunculan pertama Onew di Malaysia itu menjadi memori indah buat peminat setianya di sini.

“Kami berbesar hati memperkenalkan acara ini dan akan memastikannya menjadi momen yang tidak akan dilupakan oleh semua peminat Onew.

“Seiring dengan keterujaan peminat untuk bertemu Onew buat kali pertama di Malaysia, kami sebagai penganjur akan memastikan pertemuan tersebut ibarat ‘temu janji pertama’ dengan sepenuh hati,” katanya.

ONEW buat pertama kali turun ke Malaysia pada Julai ini.

Sementara itu, Onew yang juga anggota kumpulan SHINee itu sempat meninggalkan mesej ringkas untuk peminatnya di Malaysia.

“Jumpa anda di Guess! Onew Fanmeeting 2024 In Malaysia. Ada kejutan menanti anda dan saya tidak sabar untuk bertemu,” ujarnya.

Orang ramai kini boleh mendapatkan tiket acara tersebut menerusi MyTicketAsia.

Harga tiket yang dijual bermula pada harga RM258(CAT3), RM358 (CAT2), RM558 (CAT 1), RM858 (SEAT) dan RM988 (VIP SOUNDCHECK) – HIBGLAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI