fbpx

Fahmi kecam tindakan individu hantar surat ugutan kepada Teresa Kok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi ketika menyampaikan ucapan pelancaran Ekspresi Bulan Kebangsaan 2024 di Stesen Sentral Kuala Lumpur. FOTO oleh SADDAM YUSOFF KOSMO!

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengecam tindakan individu yang menghantar surat ugutan bunuh kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim, semalam.

Fahmi menegaskan, tindakan tersebut seharusnya tidak berlaku kerana Ahli Parlimen mempunyai hak untuk bersuara tidak kiralah mereka berada di pihak kerajaan mahupun pembangkang.

“Saya kecam tindakan seperti ini dan bagi saya, ia merupakan tindakan yang sangat memalukan. Jangan diugut Ahli Parlimen kerana mereka adalah suara rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di sidang akhbar Majlis Pelancaran Ekspresi Bulan Kebangsaan 2024 di Stesen Sentral Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan mengesahkan Teresa Kok telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

“Kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk lakukan siasatan. Saya kesal kerana perkara seperti ini tidak harus diperlakukan kepada mana-mana Ahli Parlimen telah dipilih rakyat,” ulasnya.

Terdahulu, media melaporkan, Teresa yang juga Naib Pengerusi DAP telah menerima surat ugutan bunuh bersama dua butir peluru hidup, semalam.

Menurut Teresa dalam kenyataan, beliau memaklumkan surat ugutan berserta peluru itu ditemui dalam sampul yang diletakkan dalam peti surat kediamannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI