fbpx

Shakilla Khoriri dapat hak jagaan interim anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shakilla Khoriri dan anaknya, Ameena

PETALING JAYA – Pelakon Shakilla Khoriri melahirkan rasa syukur apabila Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam memutuskan hak penjagaan sementara atau interim hadanah anak perempuannya iaitu Ameena Sofia diserahkan kepadanya.

Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 35, berkata, sebagai ibu dia akan terus berjuang bagi memastikan Ameena mendapat kehidupan yang terbaik.

“Saya akan buat apa sahaja untuk Ameena. Saya sangat maksudkan apa yang saya cakap. Alhamdulillah, pihak mahkamah sudah putuskan hak interim hadanah berpihak kepada saya.

“Saya percaya doa dan aturan Allah SWT sentiasa tak salah alamat. Apa pun alasan dan tujuan kita sebagai manusia, hanya Allah sahaja yang mengizinkan-Nya,” katanya dalam Instagram.

Dalam masa sama, dia juga menitipkan ucapan penghargaan terhadap semua peguam yang terlibat dan juga suami tercinta iaitu Mohd Fariz atas segala usaha serta sokongan terhadap perjuangannya berkaitan tuntutan hak penjagaan anak.

Terdahulu, bekas suami Shakilla iaitu penyampai radio Fizi Ali memfailkan tuntutan hadanah terhadapnya berhubung hak penjagaan anak perempuan mereka pada 15 Disember tahun lalu.

Kata Fizi, tindakannya memfailkan hadanah bukan untuk berebut anak sebaliknya hanya mahu anak perempuanya itu mendapat kasih sayang daripada dua ibu bapa kandungnya.

Untuk rekod, Shakilla sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyampai radio Fizi Ali pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan perceraian pada Disember 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI