fbpx

Cuaca di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya buruk lagi petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca hujan di beberapa tempat seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, pagi ini.

MetMalaysia dalam laporan cuacanya memaklumkan, hujan pada awal pagi dijangka berlaku di beberapa kawasan sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Di Sabah, hujan di beberapa tempat melibatkan Pedalaman, Labuan dan Pantai Barat. Turut terlibat, beberapa tempat melibatkan Kuching, Samarahan, Betong, Sarikei, Mukah, Bintulu dan Miri, Sarawak,” kata MetMalaysia.

Sementara itu, cuaca di sebelah petang, MetMalaysia menjangkakan ribut petir di kebanyakan tempat di Johor.

“Ribut petir turut dijangka di beberapa tempat melibatkan Perlis, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka,” katanya.

Selain itu, cuaca buruk sama di sebelah petang turut dijangka di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat.

“Di Sarawak, kawasan yang berdepan ribut petir melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang,” katanya.

Bagi cuaca sebelah malam pula, ribut petir dan hujan diramalkan di kawasan Kelantan, Terengganu dan Pahang, serta hujan di beberapa tempat melibatkan Perak, Negeri Sembilan dan Johor.

“Hujan dijangka melibatkan beberapa tempat di Pedalaman dan Labuan, Sabah selain beberapa tempat di Sarawak melibatkan Sri Aman dan Kapit,” katanya.

Walaubagaimanapun, MetMalaysia melaporkan cuaca baik di kebanyakan tempat seluruh negara pada sebelah malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI