fbpx
PIHAK katerer menerima tempahan lebih 10 kali ganda pada Syawal tahun ini. – GAMBAR HIASAN

Tempahan Syawal fully booked, naik 10 kali ganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bulan Syawal yang berakhir kelmarin ternyata memberi limpahan rezeki kepada katerer atau jurusaji apabila mereka terpaksa menutup tempahan untuk rumah terbuka lebih awal berikutan menerima permintaan 10 kali ganda berbanding dua tahun lalu.

Pengusaha Katering Haji Talib, Talib Mahmud Ishak, 55, berkata, dia terpaksa menolak tempahan saat akhir sejak minggu lalu apabila setiap hari pihaknya perlu menyiapkan makanan untuk kira-kira 10,000 tetamu bagi majlis sambutan Aidilfitri.

“Kali ini banyak syarikat yang tempah dengan pihak kami. Sehari saya hadkan untuk tiga pe­langgan atau tuan rumah sahaja. Kalau tahun lalu sehari kita buat dalam 5,000 orang, tahun ini bertambah dua kali ganda.

“Memang sampai 12 Mei (esok) kita dah fully booked (tempahan penuh). Minggu lalu lagi kita dah tutup untuk tempahan sebab terlalu banyak dan ia di luar dari pada jangkaan kami,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Talib berkata, pihaknya tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk tempahan katering bagi musim raya tahun ini kerana memikirkan ramai masih terkesan dengan kos sara hidup.

“Tapi siapa sangka, permintaan katering rumah terbuka sangat baik tahun ini. Ditambah pula ada yang mengambil peluang mengadakan kenduri kahwin sepanjang musim raya,” ujarnya.

MENU-MENU disediakan Katering Masakan Selera Utara sentiasa menambat selera pelanggannya.

Pengusaha Katering Masakan Selera Utara, Fatimah Kassim, 43, berkata, meskipun orang ramai berkira-kira dalam berbelanja lebih, namun permintaan untuk mendapatkan khidmat katering menunjukkan permintaan luar biasa sepanjang Syawal lalu.

“Setiap hari ada sahaja dua hingga tiga tempahan katering yang perlu disiapkan. Pada hujung minggu pula, jumlahnya meningkat dan boleh cecah lima hingga tujuh tempahan sehari.

“Tempahan dibuka seawal Ramadan lalu, dan hampir sebulan Raya ini, pihak kami terima tempahan mencecah 10 kali ganda berbanding tahun 2022. Kalau dahulu sehari dalam 1,000 set makanan sahaja, tahun ini boleh cecah 10,000 set.

“Alhamdulillah rezeki tahun ini, orang percaya dengan per­khidmatan kami,” katanya.

Dia yang sudah 10 tahun menceburi bidang katering berkata, lebih 200 pelanggan membuat tempahan melibatkan 300 hingga 5,000 set makanan yang perlu disiapkan bagi setiap pelanggan.

Katanya, setiap set makanan yang ditawarkan berharga bermula RM18 meliputi menu nasi impit, kuah kacang, nasi tomato, ayam masak merah, dalca, tiga jenis kuih-muih dan satu pilihan buah serta air sirap atau oren.

“Pelanggan boleh buat permintaan menu dan harga akan ikut menu pilihan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN