fbpx

Wanita Sweden mangsa pokok tumbang masih dirawat di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian pokok tumbang yang telah mengorbankan satu nyawa di Jalan Sultan Ismail, semalam. Foto oleh SYAKIR RADIN / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga Sweden yang dilaporkan tercedera dalam tragedi pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, di sini, semalam masih menerima rawatan di hospital.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Naazron Abd Yusof, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 18 laporan berhubung kejadian tersebut, setakat ini.

“Mangsa yang cedera kekal dua orang membabitkan seorang lelaki tempatan dan seorang wanita Sweden.

“Sementara itu, mangsa lelaki tempatan yang mendapatkan rawatan kecederaan telah dibenarkan keluar wad pada pukul 6 pagi tadi, manakala wanita warga Sweden pula masih ditahan di wad Hospital Kuala Lumpur kerana kecederaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, terdapat 18 buah kederaan dilaporkan rosak dalam kejadian pokok tumbang, semalam.

Dalam pada itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan mengesahkan kerja-kerja pengalihan dan pembersihan pokok telah selesai sepenuhnya, petang tadi.

Menurut DBKL, jalan tersebut kini telah dibuka semula kepada semua pengguna jalan raya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang semalam, seorang lelaki meninggal dunia, manakala dua lagi mangsa dilaporkan cedera selepas dihempap pokok tumbang.

Susulan itu, DBKL akan melihat keperluan untuk mengkaji semula garis panduan penjagaan pokok-pokok tua di sekitar Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI