fbpx

Kerajaan tambah baik integrasi pengangkutan awam di Kuala Kubu Baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony

HULU SELANGOR – Kerajaan akan melaksanakan penambahbaikan integrasi pengangkutan awam melibatkan bas dan Keretapi Tanah Melayu (KTM) khususnya di Kuala Kubu Baharu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, usaha itu akan dilakukan dari semasa ke semasa yang turut melibatkan kerjasama daripada kerajaan negeri.

Menurutnya, pihaknya kini dalam proses untuk menambah bilangan bas di semua kawasan terutamanya di Kuala Kubu Baharu bagi menghubungkan pekan, bandar baharu, kampung serta taman perumahan.

“Jadi, memang kita lihat bahawa ada keperluan untuk bas disambungkan dengan KTM (untuk) pergi ke Lembah Klang atau Kuala Lumpur.

“Kita berharap integrasi antara pengangkutan awam ini dapat diperbaiki. Sekiranya wakil rakyat Kerajaan Perpaduan dipilih, kita terus mengusahakan kemudahan-kemudahan ini,” katanya ketika ditemui di pekan Kuala Kubu Baharu, di sini hari ini.

Pada masa sama, katanya, perkhidmatan KTM bagi laluan Kuala Kubu Baharu ke Kuala Lumpur juga akan diperbaiki dengan menambah jumlah kekerapan.

“Sekarang ini, telah ditambah kekerapan bagi laluan Tanjung Malim ke Kuala Lumpur sebanyak 15 minit. Tetapi memang ada sedikit gangguan baru-baru ini disebabkan isu landasan. Ini adalah perkara yang kita cuba tambah baik dari semasa ke semasa,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI