fbpx

Suhu panas 40 darjah Celsius di Pasir Mas sehingga Sabtu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tujuh daerah di Kelantan termasuk Pasir Mas dijangka menerima suhu panas maksimum harian mencecah 40 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut sehingga Sabtu ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya memberitahu, setakat pukul 4.30 petang semalam, enam lagi daerah iaitu Gua Musang, Jeli, Kuala Krai, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Kota Bharu pula menerima suhu maksimum harian mencecah 37 darjah Celsius pada amaran tahap berjaga-jaga.

“Amaran suhu panas mencecah 37 darjah Celsius juga dijangka di Terengganu melibatkan Besut dan Setiu serta Raub di Pahang selama tiga hari berturut-turut.

“Selain itu, di bahagian utara pula, suhu panas sama turut dijangka di Kedah iaitu Padang Terap, Pendang dan Baling serta Hulu Perak dan Kuala Kangsar di Perak,” ujar Metmalaysia.

Tambahnya, suhu maksimum harian diantara 35 hingga 37 darjah Celsius juga dijangka melanda Mukah dan Selangau, Sarawak serta Kinabatangan di Sabah sehingga Ahad ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI