fbpx

Tragedi helikopter TLDM: Sultan Pahang titah semua masjid solat jenazah ghaib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah

KUANTAN – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid di negeri ini melaksanakan solat jenazah ghaib susulan tragedi nahas helikopter di Lumut Perak.

Pengelola Bijaya Diraja Utama Istana Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata, Seri Paduka Baginda mengucapkan takziah kepada waris dan ahli keluarga mangsa yang terkorban.

“Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan rasa sedih dan dukacita berikutan tragedi nahas helikopter di Lumut Perak.

“Justeru baginda menitahkan agar semua masjid-masjid di negeri Pahang melaksanakan solat jenazah ghaib berikutan tragedi itu,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas semasa raptai perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut pada pukul 9.32 pagi.

Dua pesawat iaitu model Fennec dan HOM AW139 yang berlepas dari Padang Sitiawan kira-kira pukul 9.03 pagi dipercayai bertembung ketika melakukan latihan penerbangan sebelum terhempas.

Nahas itu menyebabkan 10 pegawai dan anggota TLDM termasuk tiga wanita dari Skuadron 502 yang berpangkalan di Lumut dan Skuadron 503 berpangkalan di Kota Kinabalu Sabah terkorban. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI