fbpx
Gambar hiasan

Lambatnya masa menunggu hari gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Perkara yang paling mencabar dalam minggu terakhir bulan April selepas berhari raya dan menghabiskan sebahagian duit simpanan atau bajet raya adalah menunggu tibanya hari gaji.

Meskipun ia hanya berbaki tiga atau empat hari lagi tapi entah kenapa masa terlalu lambat berlalu sehingga ia mampu menimbulkan keresahan dan kebimbangan kepada mereka khususnya yang langsung kehabisan duit poket untuk perbelanjaan seharian.

Demi kelangsungan hidup untuk hari yang mencabar itu, ada yang sudah mula mengorek tabung (jika masih ada berbaki), mengeluarkan baki simpanan dalam akaun bank atau tabung amanah atau lebih parah terpaksa meminjam duit raya anak-anak.

Menjadi penyelamat kepada perbelanjaan harian adalah menghadiri majlis rumah terbuka di pejabat atau menerima jemputan rakan dan saudara mara selain memasak untuk dibawa bekal ke pejabat atau ke premis perniagaan.

Lebih memeritkan lagi, dalam kritikal itu juga , berlaku pula masalah anak atau isteri sakit yang perlu dirawat di klinik, kereta rosak, tiba-tiba tayar tercucuk paku, mendengar berita sakit pening serta kematian saudara mara di kampung yang menyebabkan transaksi duit.

Ini adalah fenomena biasa bagi sebahagian daripada masyarakat masa kini tidak kira yang muda atau yang sudah berkeluarga kerana masing-masing ada komitmen dan cara perbelanjaan masing-masing.

Mungkin ada yang berdisiplin mengikut perbelanjaan yang dirancang tetapi biasalah raya, mungkin ada yang tersasar daripada bajet yang ada.

Stigma biasa orang Melayu, ‘setahun sekali belanja adik-beradik dan keluarga’, ‘duit boleh cari tapi masa bersama keluarga’ sukar digalang ganti dengan duit membuatkan ramai yang senyum puas hati balik dari kampung kerana itu adalah kenangan terbaik yang dilaluinya bersama keluarga pada tahun ini.

Meskipun duit dalam poket selepas melalui tol Gombak dan juga di Jalan Duta, Kuala Lumpur hanya cukup-cukup makan sementara tunggu hari gaji.

Bagi yang suka ‘berkira’, kehidupan mereka agak ceria selepas raya tapi sebaliknya pula bagi orang yang boros berbelanja dan bagi mereka yang suka bersedekah sejak bulan Ramadan dan

Syawal, insya-Allah, hati agak tenang kerana ada sahaja jalan pembuka rezeki untuk mereka menambah duit poket sehingga tibanya hari gaji.

Kini tibalah masanya untuk kita membuat bajet dan kiraan bulanan agar perbelanjaan hari raya tahun depan yang bakal dibebankan dengan perbelanjaan sekolah anak dapat disediakan lebih awal.

Pelbagai cara dan inisiatif telah diwar-warkan dalam platform media sosial seperti penyediaan tabung-tabung khusus yang hanya menggunakan duit baki daripada pembelian barang di kedai atau pasar serta duit syiling selain berdisiplin menabung semula dalam akaun sedia ada.

Hanya dengan berdisiplin menabung sekadar RM50 sebulan jika dihitung untuk 12 bulan, sedikit sebanyak nilai tersebut dapat juga membantu untuk menambah bajet hari raya tahun depan, lagi banyak disimpan lagi banyaklah kadar tabungan itu.

Biarpun ia sukar dilakukan tetapi percayalah dengan nilai RM50 itu, ia cukup besar nilainya pada ketika ini sementara menunggu hari gaji.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN