fbpx

Ibu tunggang motosikal lawan arus sambil gendong anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita berkenaan tidak memakai topi keledar dan bertindak melawan arus. - DETIKJATIM

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial memaparkan seorang ibu menunggang motosikal secara melawan arus sambil menggendong anaknya di Jalan Ahmad Yani, Kota Malang, lapor akhbar Detik Jatim semalam.

Menerusi rakaman itu, wanita berkenaan sedang menggendong anaknya menggunakan selendang di dadanya. 

Lebih memburukkan keadaan adalah apabila dia tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal berkenaan.

Biarpun melawan arus, wanita itu kelihatan tenang dan santai, seolah-olah sudah biasa melakukan perkara seumpama itu. 

Pihak berkuasa mengatakan bahawa pihaknya sudah mendapatkan identiti wanita berkenaan dan sedang melakukan siasatan. 

“Tindakan si ibu bukan hanya membahayakan dirinya sendiri, malah membahayakan nyawa anaknya dan penunggang lain,” tambah kenyataan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI