fbpx

Bahaya gosok perut, sentuh paha anak bermula usia 4 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ibu bapa mahupun penjaga diingatkan untuk tidak menyentuh mana-mana bahagian sensitif atau sulit pada tubuh anak-anak bermula usia mereka empat tahun.

Menerusi perkongsian seorang pengguna dia kumpulan Facebook, Kehamilan Si Ibu, individu itu menegaskan tidak semua bahagian anggota badan boleh dijadikan bahan gurauan untuk mentertawakan si kecil tersebut.

Katanya, sudah menjadi kebiasaan ibu bapa mahupun penjaga menyentuh bahagian perut, paha dan leher anak-anak ketika bergurau sejak bayi lagi.

“Bila masuk umur empat tahun ke atas masih lagi ‘gomol’ perut anak. Itu bukan bergurau, itu nak anak terangsang.

“Anak dah besar, dah pakai seluar dalam pun masih lagi nak bertepuk tampar di bahagian punggung. Ini bahagian sulit (private part) anak yang ibu ayah tak boleh guna untuk bergurau atau bermain sejurus usia meningkat empat tahun dan ke atas.

“Tak boleh cium di mulut, boleh jilat telinga, tak boleh sentuh paha, punggung dan alat sulit (baik lelaki atau perempuan), tak boleh gosok atau usap dada tanpa pakaian dan tak boleh geletek pinggang atau leher,” katanya.

Tambah individu itu, ibu bapa juga dilarang untuk menjilat, mencium atau menggosok pada bahagian perut anak selain elak menukar pakaian dihadapan mereka.

“Tak boleh nak salin pakaian atau tunjuk punggung atau alat sulit depan anak (walaupun ada pakaian) sebab imaginasi kanak-kanak ini tak ada batasan.

“Walaupun kita elok berpakaian, tapi kalau pakaian kita ketat dan boleh nampak bentuk susuk tubuh, mereka dah boleh fikir macam-macam seawal usia empat tahun. Malah imaginasi kanak-kanak boleh jadi lebih teruk daripada orang dewasa,” jelasnya.

Selain itu, individu terbabit turut meminta ibu bapa melatih anak-anak seawal dua tahun untuk pandai membersihkan diri sendiri terutama selepas membuang air kecil dan besar.

“Sebab inilah ‘toilet training’ paling disarankan ajar pada anak seawal dua tahun, supaya mereka pandai urus cuci dan bersihkan alat sulit sendiri seawal mungkin.

“Tolong ingatkan pasangan dan mak ayah lain isu penting ini, mungkin masih ramai yang terlepas pandang isu ini,” pesannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI