fbpx

Anak tak tanya tentang Aliff, mereka gembira je – Bella Astillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bella mendedahkan bahawa kedua-dua anaknya tidak langsung bertanyakan tentang keberadaan bapa mereka, Aliff Aziz lebaran ini. - IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR — Meskipun tanpa suami di sisi di hari mulia, pelakon dan penyanyi Bella Astillah mengakui sambutan Aidilfitri diraikan gembira bersama anak-anak.

Ujar Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabeela Awang Astillah, 30, permata hatinya, Ayden Aderean,7 dan Ara Adreana, 4, tidak bertanya keberadaan bapanya memandangnya mereka lebih rapat dengannya.

“Setakat ini Ayden dan Ara tiada apa-apa masalah sebab mereka rapat dengan Bella, mereka juga tidak bertanya apa-apa tentang Aliff.

“Saya sendiri alihkan perhatian mereka dengan bermain bunga api dan buat pelbagai aktiviti menyeronokkan.

“Lagipun ramai kawan-kawan saya datang rumah bagi duit raya, buat mereka lagi gembira,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ditanya sama ada cahaya matanya berkesempatan berjumpa mahupun berhubung dengan Aliff, pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu tiada perancangan berbuat demikian memandangkan dia dan suaminya tidak lagi berhubung sejak menfailkan perceraian bulan lalu.

“Mereka tidak berkesempatan lagi raya dengan bapa mereka, dan tiada perancangan untuk menemukan mereka sebab kami langsung tak berhubung.

“Saya sendiri pun tak pasti Aliff ada menghubungi keluarga atau tidak. Anak-anak gembira sahaja, lagipun mereka juga rapat dengan datuk dan nenek mereka.

“Lepas ke mahkamah, saya memang tak jumpa mahupun berhubung dengan dia. Bukan tidak mahu bertemu tapi belum berkesempatan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri, NurJiwa Foundation, petang semalam.

Kemelut rumah tangga Bella dan Aliff sampai ke kemuncaknya selepas lelaki itu ditangkap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bersama pelakon, Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Bella kemudian memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun, pelakon asal Singapura itu enggan melafazkan talak pada sebutan kes cerai dihadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 4 April lalu.

Mahkamah menetapkan 4 Jun depan sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI