fbpx

Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi mangsa jatuh dari ketinggian kira-kira 30 meter di Jejantas Sungai Tiram, Bayan Lepas.

BALIK PULAU – Seorang penunggang motosikal maut selepas tercampak dari ketinggian kira-kira 30 meter di Jejantas Sungai Tiram, Bayan Lepas di sini, petang tadi.

Mangsa lelaki berusia 27 tahun itu dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Zon Merah sebuah hospital swasta, sebentar tadi.

Semasa kejadian, mangsa dalam perjalanan menunggang motosikal seorang diri ke arah Bayan Lepas.

Sumber dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Barat Daya berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 5.59 petang tadi dan kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, operasi membantu mengangkat mangsa membabitkan seramai empat anggota termasuk seorang pegawai dari APM Daerah Barat Daya.

“Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri. Mangsa meninggal dunia di hospital sebentar tadi,” katanya kepada Kosmo! di sini.

Tambahnya, jarak ketinggian jejantas ke lokasi mangsa jatuh ke bawah adalah setinggi bangunan tiga tingkat iaitu kira-kira 30 meter. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI