fbpx

Sikh Shamsul Ibrahim CEO baharu MIDA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sikh Shamsul Ibrahim

PETALING JAYA – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengumumkan pelantikan Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuatkuasa hari ini, menggantikan Datuk Arham Abdul Rahman yang bersara daripada perkhidmatan awam semalam.

Katanya dalam satu kenyataan, Shamsul yang memiliki pengalaman selama 28 tahun bersama MIDA itu memainkan peranan yang penting dalam menentukan hala tuju strategik agensi tersebut dan memartabatkan persekitaran pelaburan Malaysia.

“Seorang graduan dari Universiti Malaya, beliau beroleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi pada 1995.

“Pelantikan strategik ini menekankan komitmen MIDA untuk memupuk pertumbuhan dan kepelbagaian ekonomi, selaras dengan misinya bagi membina ekosistem pelaburan mampan lagi dinamik untuk menarik pelaburan berkualiti,” katanya.

Dalam kenyataan sama, MIDA turut menzahirkan penghormatan kepada Arham yang telah memainkan peranan instrumental dalam mengemudi lembaga tersebut sejak 1 April 2021 hingga 17 April 2024, yang telah menyaksikan agensi itu beroleh pelbagai pencapaian baharu.

“Shamsul bersedia untuk meneruskan warisan kepimpinan yang berwawasan ini.

“Dengan fokus untuk menarik pelaburan dalam sektor utama seperti pembuatan, teknologi maklumat dan komunikasi serta teknologi hijau, MIDA akan terus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan global,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI