fbpx

LRT Kelana Jaya alami gangguan, sistem bekalan kuasa disambar petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya mengalami gangguan susulan sistem bekalan kuasa yang disambar petir, petang tadi.

Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan, tren-tren tambahan dari Depoh LRT Subang tidak dapat digerakkan untuk kegunaan operasi waktu puncak akibat kejadian yang berlaku pada pukul 3.30 petang itu.

Jelasnya, gangguan tersebut menyebabkan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya beroperasi dengan kekerapan tren empat hingga lima minit.

“Beberapa fasiliti seperti eskalator, lampu dan lif di tiga stesen LRT iaitu Stesen Kelana Jaya, Stesen Taman Bahagia dan Stesen Taman Jaya tidak dapat berfungsi.

“Namun pengguna masih boleh menggunakan perkhidmatan LRT seperti biasa di stesen-stesen tersebut,” katanya.

Jelas kenyataan itu, pengguna boleh menggunakan laluan rel alternatif termasuk monorel dan MRT.

“Kerja-kerja baik pulih masih giat dijalankan oleh jurutera Rapid Rail dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan menerusi kenyataan media susulan dan di platform media sosial Rapid KL.

“Anggota Polis Bantuan dan petugas stesen juga telah ditempatkan di platform dan kawasan ruang legar stesen bagi membantu pergerakan penumpang.

“Pengumuman di platform juga dijalankan secara berterusan,”jelasnya.

Sehubungan itu, Rapid Rail turut memohon maaf di atas kelewatan dan kesulitan yang dialami kesemua penumpang ketika ini.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI