fbpx

Anak autistik dihalau, dijeling semasa balik kampung sambut Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian Nabila di TikToknya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Tular kisah seorang kanak-kanak autistik yang tidak dilayan sebaiknya oleh saudara-mara sendiri sepanjang seminggu berada di kampung bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Perkara tersebut dikongsikan ibu kepada kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Nabila yang menggunakan akaun TikTok @bellburn.

Menurut wanita itu, kehadiran anaknya seakan kurang disenangi oleh pihak tertentu sehingga ada yang sanggup menghina, manghalau serta menjerit terhadap anak syurga tersebut.

Kata wanita itu lagi, anaknya sangat aktif apabila tiada sesaat pun kanak-kanak itu mampu duduk dengan diam.

“Anak saya memang dari dua tahun dah diagnosis autisme ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder). Anak saya budak baik je. Cuma dia tak diam. Anak saya seorang yang ‘happy person’, mengamuk pun tidak, menyusahkan pun tidak.

“Dia tak diam sesaat buat orang penat tengok dan rimas.

“Seminggu (duduk kampung) dah kena marah, kena jerit, kena perli, kena halau, kena jeling,” luahnya menerusi satu video yang dimuat naik kelmarin.

Sementara itu, perkongsian Nabila ternyata mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai sehingga meraih hampir satu juta tontonan di TikTok.

Semakan Kosmo! mendapati, ramai ibu bapa turut berkongsi nasib sama yang dihadapi anak-anak autistik mereka apabila sukar diterima dalam masyarakat termasuklah keluarga sendiri.

“Sebab itu saya dah dua tahun tak balik kampung, bukan hanya sepupunya cakap anak saya gila, tetapi neneknye sendiri menghina anak saya. Sekarang hati saya san anak lebih tenang bila beraya sendiri,” kongsi @adindadieyla.

“Kita ‘sekasut’, paling sedih bila tengok sepupu-sepupu dia tak nak main dengan anak saya. Sentiasa kenal palau, kesian sangat dekat anak,” luah @Eyqaketu.

“Paling sakit orang teking anak depan kita, baru ini anak tantrum, ayah saya sanggup tenking anak saya depan saya sampau berair air mata saya dengar dia tengking . Bukannya nak ambil pujuk budak itu,” kata @ieyla. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI