fbpx

Tembakan KLIA1 : Polis kumpul maklumat keluarga, kenalan Hafizul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian berlaku (kiri) dan suspek yang sedang diburu oleh pihak polis berhubung kejadian tembak di Balai Ketibaan KLIA 1.

PETALING JAYA- Polis mengumpul maklumat ahli keluarga serta kenalan Hafizul Harawi yang melepaskan dua das tembakan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, usaha mengesan lelaki berkenaan masih giat dilakukan termasuk mengenal pasti lokasi-lokasi yang berkemungkinan suspek tuju untuk bersembunyi.

Jelas beliau, maklumat yang dikumpul daripada orang terdekat Hafizul adalah penting bagi mengesan kedudukan dan keberadaannya.

“Kita akan kumpul maklumat yang diperlukan bagi mengesan keberadaannya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Razarudin berkata, kawalan di sempadan negara termasuk di lorong-lorong tikus turut diperketatkan bagi memastikan Hafizul tidak meloloskan diri ke negara jiran.

“Kita (polis) juga telah mengedarkan foto suspek di semua pintu masuk negara di utara tanah air dan pihak berkuasa negara jiran,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki telah melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena seorang pengawal peribadi dalam kejadian pukul 1.20 pagi itu.

Wanita yang menjadi sasaran dalam insiden itu terselamat dan pihak polis memaklumkan kejadian bermotifkan perihal peribadi antara suspek dan isterinya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI