fbpx

Padah pecah kereta malam raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA SELANGOR – Perbuatan seorang pemuda disyaki memecah sebuah kenderaan di kawasan parkir hotel di Pasir Penambang di sini, kelmarin memakan diri apabila dicekup polis semalam.

Kejadian kira-kira pukul 8.30 malam dipercayai dilakukan suspek tempatan berusia 20-an itu turut melibatkan kehilangan barangan berharga milik mangsa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd. Ambia Nordin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kes itu daripada pengadu yang juga pekerja swasta.

“Bertindak atas maklumat, lelaki yang tiada pekerjaan tetap itu diberkas di sekitar Kampung Permatang Tengah pukul 3 petang semalam.

“Penahanan itu membawa kepada rampasan satu komputer riba dan pengecasnya serta seutas jam tangan,” katanya ketika dihubungi petang ini.

Jelas beliau, pihaknya sedang mengesan seorang individu iaitu rakan sejenayah suspek yang masih bebas.

“Suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Tambah Mohd. Ambia, orang ramai dinasihatkan supaya tidak meninggalkan barangan berharga dalam kenderaan yang ditinggalkan terutama ketika musim perayaan ini. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI