fbpx

Operator kilang maut selepas 12 jam bertarung nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa selepas merempuh sebuah trak pikap di Jalan Pulai-Kuala Tuang, Gua Musang semalam.- Foto PDRM

GUA MUSANG – Seorang operator kilang meninggal dunia selepas hampir 12 jam bertarung nyawa apabila motosikal yang dia tunggang merempuh sebuah trak pikap di Jalan Pulai-Kuala Tuang, di sini semalam.

Mangsa, Mohamad Rafail Sukri, 19, menghembuskan nafas kira-kira pukul 2 pagi tadi semasa sedang menerima rawatan di Hospital Gua Musang, di sini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, dalam kejadian pukul 1.40 tengah hari itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y-15RZ sedang menghala ke arah Kuala Lumpur.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa merempuh bahagian belakang sebuah trak pikap jenis Ford Ranger yang menghala ke arah sama.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan dan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

“Mangsa dibawa ke unit kecemasan Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Choon Foo memberitahu, maklumat mengenai kematian mangsa dibuat oleh kakaknya di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Diraja Daerah (IPD) Gua Musang hari ini.

Katanya, kea disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI