fbpx

Tiga lelaki warga Pakistan maut dalam perjalanan untuk solat sunat Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TELUK INTAN – Tiga lelaki warga Pakistan yang dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri maut selepas dilanggar sebuah kereta di Kilometer 16, Jalan Teluk Intan-Bidor di sini semalam.

Dalam kejadian itu, kesemua mangsa berusia 20 hingga 35 tahun meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 8.10 pagi dan kemalangan itu membabitkan enam lelaki warga Pakistan yang sedang berjalan kaki menuju ke sebuah masjid berhampiran.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati, kereta Proton Saga dipandu lelaki berusia 36 tahun itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar enam pejalan kaki.

“Akibat kemalangan itu, dua lelaki maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi menghembuskan nafas terakhir di Hospital Teluk Intan.

“Dalam kejadian itu, tiga rakan mereka parah dah kini dirawat di hospital sama. Kesemua warga asing itu mempunyai permit dan dokumen perjalanan yang sah,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, tangkapan dijalankan terhadap pemandu kenderaan itu dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif ganja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI