fbpx

Anwar terima panggilan telefon dari PM Pakistan, Shehbaz Sharif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsikan Anwar di laman Facebook beliau ketika menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Pakistan.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, semalam untuk berbincang mengenai hubungan antara Malaysia-Pakistan.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Anwar berkata, mereka telah bertukar-tukar ucapan Hari Raya Aidilfitri di samping menzahirkan harapan agar hubungan kedua-dua negara akan terus diperkukuh.

“Shehbaz turut mengulangi undangannya kepada saya untuk mengadakan lawatan rasmi ke Pakistan secepat mungkin,” katanya.

Menurut Anwar, perbualan telefon tersebut juga membolehkan beliau meneroka ruang untuk memperhebatkan hubungan Malaysia-Pakistan terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

“Saya juga menyambut baik cadangan Shehbaz bagi mengeksport daging halal dari Pakistan ke Malaysia.

“Selain itu, kami turut membincangkan pelbagai isu serantau dan antarabangsa termasuk situasi di Gaza dan Afghanistan. PM Shehbaz juga memuji pendirian Malaysia terkait permasalahan di Palestin,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau turut mendoakan semoga hubungan Malaysia dan Pakistan akan terus berkembang demi manfaat bersama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI