fbpx

Seorang lagi mangsa kemalangan JRTB Gerik-Jeli meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN lokasi kemalangan di Kilometer 51.3, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik-Jeli, Gerik semalam. - Foto IHSAN JBPM

GERIK – Seorang lagi mangsa kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 51.3, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik-Jeli di sini meninggal dunia sekitar pukul 11 malam tadi.

Mangsa, Aminuddin Othman, 54, merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Mahmud Paduka Raja (1) di Tanah Merah, Kelantan.

Aminuddin yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova menghembuskan nafas terakhir semasa menerima rawatan di Hospital Taiping.

Ini menjadikan jumlah mangsa yang maut akibat insiden berkenaan seramai tiga orang, setakat ini.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan laporan kematian tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI