fbpx

Pencuri ragut jam tangan Rolex milik warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pencuri dilihat berlari ke kereta selepas percubaan untuk mencuri jam tangan Rolex tidak berjaya. - X

LONDON – Dua pencuri dirakam cuba meragut jam tangan jenama Rolex daripada seorang warga emas di tengah-tengah pusat perniagaan Jewelry Quarter di Birmingham, lapor portal berita MailOnline semalam.

Kejadian berlaku pada waktu petang, 6 April lalu.

Video yang dikongsikan di media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki berpakaian serba hitam memegang warga emas itu di atas padang berhadapan dengan J&M Jewellers.

Dia disertai seorang rakan subahatnya yang menolak mangsa ke tanah ketika warga emas itu cuba bangun semasa kejadian.

Kedua-dua pencuri tersebut kemudian berlari ke arah sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Volvo berwarna kelabu selepas orang ramai yang menyaksikan serangan itu mengejar mereka.

Laporan menunjukkan dua suspek gagal mencuri jam tangan mewah itu, namun ia masih belum disahkan.

MailOnline telah menghubungi Polis West Midlands untuk mendapatkan komen. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI