fbpx

Muzikal riang ria hiburan wajib cuti raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PROGRAM muzikal dengan lagu-lagu raya dan semasa serta aksi penuh gelak ketawa tersedia di setiap saluran televisyen sepanjang cuti perayaan ini.

SUDAH menjadi tradisi, Aidilfitri yang bakal menjelang kurang dua hari sahaja lagi turut menghimpunkan pelbagai rancangan muzikal dan konsert sebagai jamuan mata semua.
Satu perkara yang pasti, meskipun ada lambakan kandungan dalam media sosial, program televisyen juga yang menjadi tumpuan.
Seperti biasa, setiap stesen televisyen berlumba-lumba menyajikan yang terbaik bagi menghiburkan hati penonton buat hiburan sepanjang beraya.

 

Karaoke Kecoh Raya

Stesen televisyen nombor satu tanah air, TV3 menyediakan program menarik seawal raya pertama iaitu Karaoke Kecoh Raya pada 10 hingga 12 April pukul 4 petang.
Lebih mengujakan, dua selebriti popular akan melakukan cabaran nyanyian karaoke. Pemenang akan mendapat markah yang akan dikira sepanjang persembahan.
Menjelang episod akhir, mereka yang mempunyai jumlah mata terkumpul tertinggi akan dinobatkan sebagai pemenang utama.
Antara artis yang terlibat ialah Khai Bahar, Marsha Milan, Janna Nick dan ramai lagi.

Melodi Raya

Program terhangat TV3, Melodi Raya menyajikan episod istimewa pada 14 April pukul 9 malam.
Program kali ini menganjurkan rumah terbuka sambil bergembira meraikan perayaan bersama-sama barisan selebriti sensasi tanah air.
Sambil berhibur dengan persembahan artis jemputan, penonton akan dipanaskan dengan cerita sensasi selebriti meliputi pelbagai sudut.

Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza

Turut memberikan hiburan tanpa henti pada Aidilfitri tahun ini, stesen televisyen Astro menyajikan beberapa program popular raya mereka.
Khas buat peminat Penyanyi Nombor Satu negara, Siti Nurhaliza yang tidak berkesempatan menonton konsert, Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza di Axiata Arena tempoh hari, Astro bawakan secara eksklusif pada 13 April pukul 9 malam.

All Stars Gegar Vaganza: Beraya di Ladang

Tidak lengkap raya tanpa acara ‘tradisi’ melibatkan peserta All Stars Gegar Vaganza.
Syawal kali ini, bintang GV10 akan menikmati pengalaman beraya di ladang Farm Fresh bersama Boss Susu.
Nantikan pengembaraan mencari harta karun yang hilang, berserta persembahan muzikal istimewa yang pasti penuh keriangan pada 12 April pukul 9 malam.

Havoc Raya Bintang RTM

Saluran milik kerajaan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) pula tidak kurang kemilau lebarannya, saluran TV2 turut menghadiahkan tayangan Havoc Raya Bintang RTM pada raya kedua pukul 9 malam dengan menampilkan peserta Bintang RTM 2024. Menggamatkan suasaba, barisan artis Datuk Syafinaz Selamat, Liza Hanim dan Haqiem Rusli akan muncul dengan persembahan istimewa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI