fbpx

Solat sunat Aidilfitri 3 sesi di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan Masjid Sultan di Singapura. - Foto AFP

SINGAPURA – Solat sunat Hari Raya Aidilfitri akan diadakan lebih satu sesi di sekitar dua pertiga daripada 68 buah masjid di Singapura, kata Majlis Agama Islam negara itu semalam seperti laporan The New Paper.

Sebanyak 19  daripada 68 masjid itu akan mengadakan satu sesi solat sunat itu.

Dua sesi solat sunat itu akan hanya diadakan di 41  masjid lalin.

Sebanyak tiga sesi solat sunat Hari Raya Aidilfitri pula akan berlangsung  di lapan buah masjid.

Solat sunat dua rakaat itu akan diadakan pada pukul 7.20 pagi, 8.45 pagi dan 9.45 pagi (waktu tempatan).

Hari Raya Aidilfitri dijangka jatuh pada Rabu ini.

Selain itu, 34 kumpulan komuniti  masjid akan menawarkan ruang tambahan kepada umat Islam yang ingin mengerjakan solat sunat Aidilfitri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI